Ada Makna Di Sebalik Header Ini..

Setiap perkara yang kita lakukan mesti ada sebab. Begitu juga dengan benda yang kita reka atau cipta. Setiap lambang atau sesuatu design mesti ada makna di sebaliknya. Header aku juga mempunyai makna tersendiri. Mari kita lihat apa makna di sebalik header aku tu.
Kenapa header aku untuk blog ini sedemikian rupa? Aku mereka design sebegitu kerana hendak menimbulkan satu identiti untuk blog aku. Oleh kerana blog aku lebih kepada photo-photo, so aku reka satu design yang lebih ke arah itu. Firstly, untuk menampakkan identiti blog aku, aku letak gambar orang sedang mengambil gambar tu. Kemudian, aku masukkan 3 element bumi iaitu tanah, udara dan air. Element tanah dapat kita lihat melalui pokok-pokok yang ada tu. Element udara pulak of course melalui burung-burung yang berterbangan tu dan yang terakhir titisan air dari cameraman mewakili element air la. Bentuk bulat-bulat yang tiga itu pulak mewakili lensa kamera. Warna hitam putih menunjukkan trademark untuk 2 blog aku dan aku juga meminati warna hitam putih. Lastly, kenapa photoholic tu aku kalerkan merah? Sebab aku nak highlight-kan perkataan tu untuk menampakkan blog ini adalah photoholic dan bukan KaSoT PuTeH|sToRY.


Kenal header di atas? Yea, KaSoT PuTeH|sToRY punya header. Ini juga mempunyai makna. Of course tujuan dia untuk menunjukkan identiti untuk blog KaSoT PuTeH|sToRY. Burung-burung yang ada itu menunjukkan blog aku bebas untuk bercerita tetapi mempunyai batas. Dua picture orang macam dekat pintu-pintu masuk tandas tu menunjukkan aku tidak bias dan di letakkan di atas huruf 'S' tu sebab S=Sex/Jantina. Word Couple tu aku cross sebab blog aku tak lebih ke arah jiwang. Ahahaa.. Lastly, word story yang aku gunakan font 'handwritting' tu sebab nak menunjukkan segala cerita yang diceritakan dalam blog ini adalah dari hati turun ke jari-jemari aku sendiri.

Dah taukan kenapa? Bagus.. Nampakkan semua perkara yang kita lakukan dekat atas muka bumi ni punya alasan tersendiri. So, tiada alasan sesuatu perkara itu kita lakukan sebab saja-saja.

..SEKIAN..

P/s: Tentang bila ilham untuk reka design tu aku dapat pun aku tak tau. Ahahaha.. Tiba-tiba je ilham tu datang.