Teknik 'Cut and Paste'

Nak hasilkan gambar seperti di atas? Meh, kita sama-sama belajar cara nak buat.

Teknik yang akan aku guna ialah teknik cut and paste. Kenapa? Korang akan tau kenapa nanti.


Step 1:
Pergi dekat tab file. Kemudian klik 'new'. Akan appear box seperti gambar di bawah ni.
Korang boleh lihat dekat kotak tu ada width, height dan sebagainya. Set-kan width korang kepada 8 inches dan height korang kepada 5 inches. Kemudian set-kan pula background contents tu kepada background color. Make sure second color korang mesti la color hitam ye. Macam mana nak tau second color korang color hitam? Aku dah bulatkan seperti di bawah.

Kalau second color korang tu color dia color coklat, akan coklat la background korang. Dah? Klik la 'OK'.

Akan jadi seperti ini..


Step 2:
Pilih pulak gambar yang korang rasa nak di jadikan design korang.

Boleh nampakkan macam gambar dekat atas ni? Itu gambar yang telah aku pilih. Lepas tu macam biasa. Crop la menggunakan 'Quick Selection Tool'. Drag dekat gambar yang 3 orang tu je. Background dia tak payah ambik. Kemudian macam biasa, tekan CTRL+C.


Step 3:
Klik dekat kotak yang ada background hitam tu. Then tekan CTRL+V. Kemudian akan appear seperti picture di bawah ni.

Kalau gambar yang di paste tu besar ya amat seperti gambar di atas. Jangan risau. Korang boleh tekan CTRL+T and then korang kecikkan la sendiri.

Lepas dah selesai kecikkan gambar tu, klik dekat tab filter dan pergi ke sketch dan tekan torn edges.

Dah? Adjust la dia punya image balance dan lain-lain seperti di tunjukkan oleh anak panah tu.


Step 4:

Pergi ke tab edit dan klik dekat stroke untuk hasilkan outline bagi gambar tersebut.

Pastikan width dia jangan terlampau tebal. 2-4px pun sudah memadai. Color-nya pulak boleh pilih mengikut kesesuaian. Siap setting semua tu, tekan ok.


Step 5:

Masanya untuk touch-up pulak dengan words. Mungkin bab-bab ni aku tak payah ajar dah kot. Korang lagi kreatif. So, its up to you nak choose font dan color untuk word tu nanti


Siap? Lepas tu korang boleh la save dan jadikkannya sebagai Screen Saver ke, Wallpaper ke, design untuk buat slide show ke dan banyak lagi la. Aku punya header guna teknik yang sama jugak.

Selamat mencuba!

..SEKIAN..

My Artwork Collections

Ni pulak hasil-hasil artwork aku. Layan..

Smoke


Never start a war


Pelangi Hidup Nurika (macam pernah dengar je an? hahahah..)


Umbrella man


The Gang


Kasot Puteh


Kasot Puteh Reflection Effect


Leaving you for a while


You are good or bad?

Hah, semua hasil artwork ni aku hanya gunakan teknik 'cut & paste'. Nak tau macam mana? Next entry ok! PEACE!!

My Collection

Entry kali ni just nak tunjuk koleksi gambar-gambar yang telah aku edit. ENJOY!! (^_^)








Ok tak? Boleh la.. Nak tengok lagi?? Next entry ok tak? YEAH! Peace! (^_^)

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau tak style tolong ajarkan.


..SEKIAN..

Ada Makna Di Sebalik Header Ini..

Setiap perkara yang kita lakukan mesti ada sebab. Begitu juga dengan benda yang kita reka atau cipta. Setiap lambang atau sesuatu design mesti ada makna di sebaliknya. Header aku juga mempunyai makna tersendiri. Mari kita lihat apa makna di sebalik header aku tu.
Kenapa header aku untuk blog ini sedemikian rupa? Aku mereka design sebegitu kerana hendak menimbulkan satu identiti untuk blog aku. Oleh kerana blog aku lebih kepada photo-photo, so aku reka satu design yang lebih ke arah itu. Firstly, untuk menampakkan identiti blog aku, aku letak gambar orang sedang mengambil gambar tu. Kemudian, aku masukkan 3 element bumi iaitu tanah, udara dan air. Element tanah dapat kita lihat melalui pokok-pokok yang ada tu. Element udara pulak of course melalui burung-burung yang berterbangan tu dan yang terakhir titisan air dari cameraman mewakili element air la. Bentuk bulat-bulat yang tiga itu pulak mewakili lensa kamera. Warna hitam putih menunjukkan trademark untuk 2 blog aku dan aku juga meminati warna hitam putih. Lastly, kenapa photoholic tu aku kalerkan merah? Sebab aku nak highlight-kan perkataan tu untuk menampakkan blog ini adalah photoholic dan bukan KaSoT PuTeH|sToRY.


Kenal header di atas? Yea, KaSoT PuTeH|sToRY punya header. Ini juga mempunyai makna. Of course tujuan dia untuk menunjukkan identiti untuk blog KaSoT PuTeH|sToRY. Burung-burung yang ada itu menunjukkan blog aku bebas untuk bercerita tetapi mempunyai batas. Dua picture orang macam dekat pintu-pintu masuk tandas tu menunjukkan aku tidak bias dan di letakkan di atas huruf 'S' tu sebab S=Sex/Jantina. Word Couple tu aku cross sebab blog aku tak lebih ke arah jiwang. Ahahaa.. Lastly, word story yang aku gunakan font 'handwritting' tu sebab nak menunjukkan segala cerita yang diceritakan dalam blog ini adalah dari hati turun ke jari-jemari aku sendiri.

Dah taukan kenapa? Bagus.. Nampakkan semua perkara yang kita lakukan dekat atas muka bumi ni punya alasan tersendiri. So, tiada alasan sesuatu perkara itu kita lakukan sebab saja-saja.

..SEKIAN..

P/s: Tentang bila ilham untuk reka design tu aku dapat pun aku tak tau. Ahahaha.. Tiba-tiba je ilham tu datang.

Membuat Effect Gambar Dengan Mudah


Assalamualaikum wtb.. Yea, ingin sekali lagi berkongsi ilmu dengan korang semua. Kalau entry yang lepas aku ajar cara menghasilkan gambar hitam putih dan ber-color dalam satu gambar tetapi kali ni aku akan kongsi sedikit ilmu aku yang tak seberapa bagaimana cara nak buat effect gambar dengan mudah. Ok untuk permulaan ni, kita gunakan 'radial blur' untuk effect kita.

Seperti biasa kita hanya perlukan sofware PS3 (photoshop 3) dalam laptop atau desktop anda. Ok, firstly pilih gambar yang anda rasa sesuai untuk gunakan effect tersebut. Dah pilih? Bagus. Ikuti langkah-langkah yang seterusnya yea..

Ni la gambar yang jadi pilihan aku untuk letak effect ni.



Step 1: Klik dekat tab 'quick selection tool'. Seperti biasa, adjust dulu
diameter-nya mengikut kesesuaian gambar. Lepas itu, drag dekat picture yang anda nak nampakkan effect-nya nanti. Then, as usual. Klik CTRL+C dan kemudian CTRL+V.
Akan terhasil satu lagi layer.

P/s: Kalau gambar korang tu agak rumit untuk di crop, korang boleh zoom-kan
picture korang seperti gambar di bawah. Untuk zoom, korang boleh nampak dekat
bahagian kanan di bawah picture kecik macam dekat gambar di bawah ni.


Step 2: Klik pada layer asal dan klik dekat tab filter. Then pilih 'blur'
dan klik dekat 'radial blur'. Kemudian, akan keluar kotak kecik. Klik dekat
'zoom' untuk 'blur method' dan untuk 'quality' korang boleh klik dekat 'best'.
Amount dia pulak korang boleh adjust sendiri mengikut kesesuaian. Lepas tu tekan
la ok. (^_^)

Kalau tak puas hati dengan effect yang dihasilkan, korang boleh tekan
CTRL+ALT+Z. Kemudian buat balik semula.

..SEKIAN..

I Teach You

Assalamualaikum wtb.. Ok, kali ni nak kongsi sikit macam mana nak menghasilkan gambar seperti di bawah dengan mudah menggunakan Adobe Photoshop 3. Kira cara amatur la.


1st step: Ok, mula-mula korang kena la ada PS3. Bukan Playstasion tapi Photoshop3. Then, klik dekat 'file' dan pilih 'open'. Kemudian choose pulak file gambar yang simple-simple yang korang nak edit. Make sure gambar tu berformat JPG, JPEG atau JPE ok.

2nd step:
Klik dekat button yang dah dipanah tu. Kemudian adjust size diameter supaya ia bersesuaian dengan saiz gambar korang nak crop tu nanti.
3rd Step:Kemudian hold left-click button dekat mouse, lepas tu drag dekat the whole picture tu. Kemudian korang akan nampak garisan putus-putus mengelilingi picture tu.
Kalau korang terlebih melakukan crop dan line putus-putus dia terkeluar seperti dalam gambar di bawah ni, korang boleh klik dekat gambar stick yang ada simbol negative tu. Kemudian drag balik dekat line yang terkeluar tu supaya line putus-putus tu perfect mengikut shape picture korang. Paham? Bagus!

4th Step: Lepas dah puas hati denga line tu, korang boleh tekan CTRL+C. Lepas tu tekan pulak CTRL+V. Kemudian akan terhasil satu lagi layer.

Lepas tu, klik dekat layer yang asal then pergi ke 'adjustment'. Lepas tu, pilih 'Black & White'. Ia akan terhasil seperti gambar di bawah ni. Lepas tu klik 'OK'.


Masih tak berpuas hati dengan color hitam putih korang? Jangan risau, korang boleh adjust dengan pergi ke 'adjustment' and then klik 'curves'. Korang adjust la ikut selera korang.

5th Step: Klik balik pada layer yang lagi satu. Nak adjust color dia sama jugak kerja-kerjanya seperti step 4. Pergi dekat 'ajdustment' and then klik curves. Adjust la ikut selera korang. Jangan pulak korang adjust 'black and white' jugak. Sama pulak color dia dengan background korang tuh.

Kalau nak tambah sikit atau nak bagi color dia tu nampak menarik, korang boleh pergi dekat 'adjustment' jugak then klik dekat 'selective color'. Adjust la color hitam dia ke, color kuning dia ke. Pandai-pandai korang la. Lepas dah siap semua, terpulang pada korang nak cantikkan gambar tu. Letak words ke, letak effect-effect lain ke. Dah, puas hati? Save la apa lagi.

..SEKIAN..

Cerita Tentang Gambar Itu

Actually, gambar-gambar ni aku dah lama upload dekat FB. Gambar-gambar ni semua aku dapat idea masa aku tengah boring gila duduk dekat dalam bilik dekat kampus waktu final exam week. Tiba-tiba Encik Ilham tu datang ketuk pintu kepala hotak aku ni. Terus aku campakkannya keluar. Hasilnya, aku meng-edit picture-picture candid. Kira gambar-gambar ni meluahkan apa yang nak aku cerita atau luahan hati aku la. Apa orang cakap, 'Dari hati turun ke jari-jemari'. Hah, lebih kurang la tuh. Dari hati aku ni turun ke jari jemari, then keluar la dekat gambar aku edit ni.

Di Tengah Kesibukan

Ulasan
: Kenapa tajuk dia 'di tengah kesibukan'? Ok lihat pada member aku tu, orang lain tengah dok sibuk bincang, betulkan kereta dan sebagainya, dia pulak boleh posing ambil gambar dan sebab itu aku mem-blurkan member-member yang lain dan fokus pada dia sorang jep.

Mood Mereka Berbeza

Ulasan: 'Mood Mereka Berbeza'. Hmmmm..aku cuba menimbulkan perbezaan antara mereka berdua ni dengan seorang menghitam putihkan colournya dan seorang lagi menimbulkan warnanya supaya mereka nampak berbeza. So, ni la hasilnya.


Ni la antara picture-picture yang aku rasakan terbaik untuk dikongsi. Any comment, you can click dekat button comment. Actually, I need your comment! Hahaha..

..SEKIAN..

First Entry

Assalamualaikum wtb kepada semua. Yea, ini lagi satu blog kepunyaan Kasot Puteh. Blog ni lebih kepada berkongsi hasil-hasil gambar yang telah di-edit dan berkongsi cerita tentang gambar-gambar koleksi saya. Kalau KaSoT PuTeH Story tu lebih kepada mengarut-ngarut, blog ni pun lebih kurang kot?? Hahaha.. Tak tak.. Blog ni lebih kepada art la. Kepada sesiapa yang minat art atau nama saintifiknya seni, jangan segan silu follow blog ni eayh? Hahaha.. Blog ni jugak memerlukan comment-comment yang membina daripada anda-anda semua tentang picture-picture yang akan di-post kelak. Harapnya blog ni pun dapat sambutan yang hangat sama seperti blog saya KaSoT PuTeH Story tu eayh?

..SEKIAN..