Pre-Wedding (Testing)

Location: Putrajaya

Salam... Makluman kepada semua. Sesi fotografi ini dilakukan bersama-sama Anuar, Awin (sister) dan Amirudin (my uncle). Ni sebenarnya percubaan aku (kira tutorial untuk aku la) dan pengalaman pertama aku melakukan sesi 'pre-wedding' ni. Angle-angle yang di-capture aku ni adalah hasil bantuan daripada pakcik aku jugak. Kamera yang aku gunakan adalah kamera DSLR Olympus (E-410) (standard lens), ihsan daripada abang nuar sebab nak beli kamera sendiri belum mampu. So, if gambar tak berapa nak cantik harap dapat dimaafkan..













Selamat pengantin baru diucapkan kepada pasangan anuar & awin yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 16 Oktober 2010. Moga berkekalan hingga ke anak cucu.

p/s: saya budak baru belajar pakcik..

Tutorial

Salam... Sihat? Alhamdulillah. Dah lama tak buat tutorial-kan? Ok, kali ni aku nak share macam mana nak hasilkan gambar biasa jadi sedikit style seperti gambar di bawah. Sebelum mula, aku nak bagitau bahawasanya, gambar di bawah ini aku edit menggunakan cita rasa aku sendiri. So, kalau korang tak brape minat nak buat seperti gambar di bawah, korang boleh je buat style lain. Ok, enjoy!


1st step: Of course la pilih gambar dulu kan. So, untuk tutorial kali ni, aku syorkan korang gambar yang berlatar belakangkan langit tanpa ada figure lain.

Lepas tu, korang boleh pegi klik dekat tab image>adjustment>selective color. Then, adjust color die mengikut creativity korang. Kalau nak tiru macam aku punya pun boleh. Tengok la gambar-gambar dekat bawah ni. (^_^)

Adjust sikit color merah untuk kulit muka dia dan color-color merah yang lain.


Color kuning jugak ada kaitan dengan kulit muka. Tengok perubahan kulit muka. Sedikit cerah. Saja aku buat kulit muka dia cerah untuk menimbulkan watak orang ni daripada background langit tu (opinion aku la). Kenapa?? Bahagian bawah nanti korang tau kenapa.


Adjust jugak sedikit warna cyan..


Biru jugak..



Ok, kaler putih ni kalau korang adjust akan effect dekat background langit dia. So, pandai-pandai la korang adjust eayh.


Oooopppp.. berhenti jap dekat sini. Haa..ni nak habaq mai sikit nih. Ok, kebiasaannya aku suka gambar-gambar yang aku edit sedikit gelap. Sebab tu kalau korang tengok gambar-gambar yang pernah aku edit kebanyakkannya kaler hitam tu aku mesti pekatkan (contra). Bagi aku, cara tu akan menutup sedikit kecacatan dalam gambar tu. Kalau korang guna kamera biasa (non-DSLR), sesuai sangat la nak guna cara sebegini. Hahaha.. Dah pecah rahsia..

Puas hati?? klik la ok..


2nd step: Ok, 2nd step ni sebenarnya ditujukan kepada sesiapa yang masih tak berpuasa hati dengan warna background dia. Contohnya, kurang menyerlah ke ataupun tak berapa nak colourful. So, korang boleh pergi tekan balik dekat tab 'selective color'.





Dah puas hati?? Bagussss...


Step 3: Pergi ke tab filter>render>lighting effects.

Pilih omni untuk light type dia. Letakkan pada muka karakter. Gambar akan nampak sedikit style dan membuatkan si empunya muka seperti mendapat nur. Hahahah.. Actually letak effect ni nak timbulkan muka karakter. So, nampak la seperti gambar ni lebih fokus kepada muka karakter dalam gambar ni. Nampak jugak la sedikit perbezaan antara background dengan karakter dalam gambar..


Paham?? Bagusss...

..SEKIAN..

p/s: Any tips to make your normal picture look style. Tinggal-tinggalkan la comment. Boleh share-share.
p/s: Kepada sesiapa yang tahu cara lebih mudah untuk gambar-gambar tu di-zoom tanpa perlu menekan gambar tu untuk ke luar ke tab lain (maksudnya tekan dekat gambar tu gambar tu akan keluar besar dekat page yang sama jugak), sila-sila la tinggalkan comment. I really need it!

Haghi Ghayo (2nd upload)









New Edited: Haghi Ghayo

Place: Around Selangor & kL

Salam semua.. Bila dah pegi beraye rumah orang lepas tu ada pulak kamera di tangan memang tak sah la kalau tak amik gambarkan. Maaf la pic kali ni sedikit tak ok tapi boleh la dan banyak pulak ada gambar aku dalam ni. Heehehehe.. Malas nak amik gambar. Oh, ada lagi satu nak bagitau. Editing aku kali ni, aku banyak guna lighting effect. Tu yang muke semua bercahaye je tu. hehehe.. Korang boleh bukak dekat PS3 dekat tab filter>render. Ok enjoy watching!










Ada lagi sambungan upload pic ni.. Diharap dapat tunggu.. (^_^)

New Edited: Melaka

Captured by: KasotPuteh & Karjo
Location: Melaka












..SEKIAN..

p/s: agak-agak gambar tu tak brape nak clear, korang klik je la kat gambar tu eayh?